TEMPAT MENARIK KRABI


PULAU DI KRABI
  • Keindahan pulau yang cantik dan unik yang terdapat di krabi menjadikan krabi antara salah satu tempat yang harus di kunjungi jika anda bercuti ke Thailand. Antara pulau yang menarik di Krabi adalah Phi Phi island, Koh Poda Island, Tub Island dan Chicken Island. Setiap daripada pulau tersebut mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikan pelancong teruja dan suka untuk melihat sendiri keunikan pulau tersebut. 

KRABI NIGHT MARKET
  • Krabi night market pastinya acara paling penting sekiranya bercuti di Krabi. Krabi night market dibuka pada hari jumaat, sabtu dan ahad pada pukul 5 petang sehingga 10 malam. Terdapat lebih 50 khemah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan di sini. Kedatangan pengunjung dan pelancong yang ramai datang ke sini menjadikan suasana krabi night market sentiasa meriah.

AONANG WALKING STREET
  • Aonang Walking street antara tempat menarik untuk membeli belah. Boleh dikatakan segala barangan boleh didapati di kawasan ini seperti cenderahati, pakaian, kasut dan lain-lain. Bagi pelancong muslim, tidak menjadi masalah untuk mencari makanan di sini kerana  terdapat banyak kedai muslim di kawasan sini.

SEVEN HEAVEN
  • Sesiapa yang sukakan taman tema air boleh lah bawa family ke 7 heaven Krabi. Memang seronok kalau bawa anak-anak bermain dekat sini, macam2 diorang boleh main. Dekat sini jugak byak tempat2 menarik untuk ambil gambar. Harga tiket untuk masuk taman tema dekat sini adalah 100 baht bersamaan dengan rm12.60 . Untuk sesetengah permainan diorang akan charge harga lain kalau nak bermain.

BLACK CRAB
  • Black Crab ni adalah tempat wajib di lawati bagi pelancong yang melancong ke Krabi. Memang tak sah kalau tak ambil gambar dengan ketam gergasi ni. kekadang kalau tenung lama2 takut jugak dengan Black Crab ni,yelah kalau tiba2 dia bergerak huru hara jugak dibuat nye hehehe. Ape2 pun Black Crab ni antara tumpuan pelancong popular di Krabi.

ELEPHANT TREKKING KRABI
  • Bagi sesiapa yang ingin menaiki gajah sambil melihat keindahan hutan hijau di Krabi boleh lah ke Elephan Trekking. Kalau di Malaysia mungkin kita tak akan dapat pengalaman menaiki gajah jadi sesiapa yang ingin pengalaman menaiki gajah, boleh lah cuba di sini. Tiket untuk masuk adalah 500 baht bersamaan dengan rm64.

EMERALD POOL
  • Kalau rasa nak segarkan tubuh dan beriadah bersama keluarga boleh la datang ke Emerald Pool. Air yang jernih dan segar menjadikan daya tarikan untuk pelancong datang ke Emerald Pool. Tiket untuk masuk ke Emerald Pool adalah 200 bath bersamaan dengan RM26.

HOT SPRING KRABI
  • Tenang dan menyegarkan,itulah gambaran yang diberikan oleh Hot Spring Krabi. Suhu air adalah antara 35 – 40 darjah Celsius dan penuh dengan garam semulajadi yang mana dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit. Kawasan ini terletak 70km daripada bandar Krabi dan berdekatan dengan Phra bang Khram Nature rizab.

GASTROPOD SHELL FOSSIL
  • Gastropod Fossil Shell adalah salah satu daripada tiga tapak shell fosil pantai yang terdapat di Dunia selain daripada yang terdapat di Chicago Usa dan jepun. Tapak Gastropod Fossil ini juga dikenali sebagai Susaan Hoi atau Shell Fossil Beach. Tempat ini sesuai bagi yang sesiapa yang ingin melihat sendiri pembentukan fossil shell yang dikatan terbentuk selama 40 sehingga 75 juta tahun. Tiket masuk adalah 100 baht untuk dewasa dan 50 baht untuk kanak-kanak.

BOOKING SEKARANG !!