KENALI PULAU PERHENTIAN
Di Pulau perhentian terdapat 2 pulau berdekatan yang terpisah iaitu dipanggil Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Kedua-dua pulau ini mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri yang mungkin penting untuk anda tahu sebelum anda bercuti ke Pulau Perhentian
PULAU PERHENTIAN BESAR
Kawasan yang damai dan tenang menjadikan Pulau Perhentian Besar sesuai untuk anda yang mencari ketenangan semasa bercuti. Di sini terdapat banyak kawasan mandi manda yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak bermain air sepanjang pantai. Penginapan area Pulau Besar sesuai untuk percutian keluarga yang mencari penginapan yang bajet dan selesa. Terdapat 2 kawasan popular di Pulau Perhentian Besar iaitu Pantai Teluk Dalam dan Tanjung Genting.
PANTAI TELUK DALAM
- Terdapat banyak kawasan mandi yg menarik di sepanjang pantai
- Kawasan damai dan tenang, sesuai untuk percutian bersama keluarga
- Terdapat aktiviti bebas seperti permainan kayak, banana bot dan bermain bola jaring
- Terdapat mini fireshow (hari minggu sahaja)
- Tidak terdapat open disco atau mini party pada waktu malam di sepanjang pantai
- Tiada Aktiviti sampai larut malam di kawasan pantai
- Harga Penginapan lebih jimat berbanding di Pulau Perhentian Kecil
- Semua Kedai Makan tutup pukul 10 malam kecuali Cabana Cafe tutup pukul 12 malam.
TANJUNG GENTING
- Suasana pantai dan aktiviti sama seperti pantai teluk dalam
- Pantai tanjung genting berhadapan depan perhentian village(kampung nelayan)
- tidak terdapat open disco dan party di sepanjang pantai
- kedai makan tutup pukul 10 malam.
- kawasan pantai yang damai dan tenang
- terdapat banyak kawasan menarik untuk mandi manda di sepanjang pantai
- harga pakej penginapan sedikit mahal berbanding di pantai teluk dalam
PULAU PERHENTIAN KECIL
Pulau Perhentian Kecil terdapat 3 area pantai yang menjadi tumpuan iaitu di Perhentian Village, Pantai Coral Bay dan Pantai Long Beach. Sebelum anda membuat pemilihan penginapan, admin sarankan anda membaca kelebihan dan kekurangan setiap tempat di Pulau Perhentian Kecil.
- Pantai paling cantik dan meriah di Pulau Perhentian
- Suasana sentiasa meriah sehingga larut malam di sepanjang pantai
- Seluruh kawasan pantai adalah sesuai untuk mandi manda
- Terdapat banyak aktviti menarik di sepanjang pantai iaitu banana boat,kayak, bermain bola tampar dan island hopping.
- Harga pakej penginapan dekat sini adalah paling mahal berbanding kawasan pantai lain.
- Terdapat juga penginapan yang murah tetapi eletrik 12 jam sahaja dan hanya sesuai untuk backpakcers (berhati-hati memilih penginapan)
- Fireshow diadakan setiap hari tetapi pertunjukan Big Fireshow hanya diadakan pada hujung minggu atau cuti umum
- Boleh jalan kaki ke kincir angin jika menginap di kawasan pantai long beach
- Terdapat banyak pilihan kedai makan termasuk kedai makan bajet di kawasan pantai
- Kebanyakan kedai makan tutup 10 malam tetapi masih ada kedai yang tutup lewat malam.
- Suasana pantai sama seperti di pantai di pulau perhentian besar
- Sesuai untuk percutian besama keluarga yang membawa kanak-kanak
- Kawasan pantai yang damai dan tenang
- Boleh melihat sunset di area pantai Coral Bay
- Tidak mempunyai banyak kawasan mandi manda di kawasan pantai
- Tidak ada pertunjukan fireshow atau aktiviti lain pada waktu malam
- Kedai makan tutup pukul 10 malam
- Boleh jalan kaki 8 minit ke pantai long beach untuk melihat pertunjukan fireshow
- Pakej penginapan lebih jimat berbanding di pantai long beach
- Suasana seperti berada di kampung nelayan
- Sesuai untuk pelancong yang sukakan suasana kampung
- Kebanyakan kawasan pantai tidak boleh mandi kerana banyak kapal dan boat berlabuh serta air yang dalam
- Kawasan sekitar dan jeti sentiasa sibuk dengan pelancong dan penduduk setempat keluar masuk
- Tempat persinggahan untuk makan bagi pelancong yang baru selesai snorkeling
- Banyak kedai makan di sekitar pantai dan harga makanan yang murah
- Homestay dan penginapan yang bajet banyak di Perhentian Village
FIRESHOW
Kebanyakan pantai area Pulau Perhentian ada pertunjukan fireshow tetapi Fireshow di pantai Long Beach adalah yang paling meriah di Pulau Perhentian. Di bawah adalah beberapa gambar pertunjukan Fireshow di Long Beach.
FIRESHOW DI PANTAI TELUK DALAM
KINCIR ANGIN PERHENTIAN
Pemadangan laut biru dari atas bukit menjadikan kincir angin antara tarikan di Pulau Perhentian. Terdapat 2 pilihan untuk ke kincir angin iaitu panjat bukit (hiking) atau tambang boat. Admin lebih memilih untuk hiking kerana kita akan berada di puncat bukit dan boleh melihat pemandangan yang cantik. Jika menaiki bot, anda hanya boleh melihat pemandangan dari bawah kerana tangga yang disediakan rosak dan tidak selamat untuk digunakan.















